Tuesday, 30 October 2012

Sejarah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas Diluar Negara

Sejarah pendidikan  khas sehingga akhir tahun 1960-an di negara barat memaparkan kanak-kanak khas dibiarkan di rumah ataupun dihantar kerumah kebajikan untuk dididik. Pada tahun 1975,Undang-undang awam (Public Law) 94-142 digubal ,yang berkehendakkan setiap negeri menyediakan akses kepada program pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak istimewa yang berumur dalam linkungan 3 hingga 18 tahun. hak ini diperkembangkan kepada kanak-kanak dengan keperluan khas,dalam peruntukan PL 99-457 yang memberi fokus kepada bayi dan kanak-kanak. ini memberi hak yang jelas kepada ibu bapa dalam membentuk dan membantu perlaksanaan ataupun program pendidikan kepada anak-anak istimewa mereka.