Sunday 18 November 2012

Siapakah kanak-kanak khas???

Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai  kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa daripada aspek fizikal,mental,keupayaan sensori ,keupayaan komunikasi dan tingkah laku sosial.
 Menurut Kirk (1989) ,kanak-kanak hanya dianggap khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan. Ini akibat daripada keadaan yang ada pada mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat menerima pelajaran dalam cara biasa ataupun meletakkan mereka jauh ke hadapan dan bosan dengan apa yang diajar.
Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan,kanak-kanak itu dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Kanak-kanak ini dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka :
            1. Mempunyai masalah pembelajaran yang besar dan signifikan berbanding kanak-kanak yang                                                 sebaya dengannya.
            2. Mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang diguna oleh kanak-kanak sebaya dengannya.
            3. Adalah dibawah unur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) diatas.