Perkongsian ilmu mengenai kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Jangan sesekali menganggap mereka sebagai beban sebaliknya terimalah mereka dengan hati yang terbuka.
Sunday, 16 December 2012
Terapi Seni
Terapi seni ialah profesion perkhidmatankemanusian yang mempergunakan mediaseni, imej, proses kreativiti seni dan tindakbalas klien/pesakit untuk menghasilkanproduk sebagai mencerminkan perkembanganindividu, kebolehan, personaliti, minat,kerisauan dan pertelingkahan.
Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual.
Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.
Terapi Muzik
Ini merupakan antara video nyanyian kanak-kanak yang boleh digunakan di dalam terapi muzik.
Thursday, 6 December 2012
Orang kurang upaya mengikut perspektif Islam..
Dari persepktif Islam, setiap anak yang lahir itu
adalah kurniaan Allah kepada kedua ibubapanya, baik anak itu dilahirkan
sempurna, mahupun sebaliknya. Kurniaan ini pula bukanlah diberi begitu
sahaja, sebaliknya dengan segala tanggungjawab dan amanah yakni untuk
membesarkan anak itu agar menjadi manusia yang berguna kepada keluarga,
agama dan masyarakatnya. Jadi, sama ada anak itu sempurna mahupun tidak,
tanggungjawab membesar dan mendidik mereka masih terletak di bahu kedua
ibubapa.
Selain itu, anak juga merupakan ujian
kepada kedua orang tuanya, untuk melihat ketaqwaan serta keimanan
mereka. Ini disebut dalam al-Quran, pada ayat 28 Surah al-Anfaal yang
bermaksud, �Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu
itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala
yang besar.�
Apabila dikatakan anak sebagai
ujian, ia bermakna melalui anak itu Allah menguji kedua orang tuanya.
Bila kita katakan Allah menguji kedua orang tua melalui anak mereka, ia
tidak semestinya bermaksud Allah menguji ibubapa dengan memberikan
anak-anak yang tidak sempurna. Walaupun ibubapa yang memiliki anak-anak
yang tidak sempurna ini diuji dengan hebat, tidak kurang ibubapa yang
diuji Allah walaupun anak-anaknya sempurna belaka. Walau bagaimanapun,
ujian-ujian ini adalah lumrah hidup bagi orang Islam dan Rasulullah
pernah bersabda yang bermaksud, �Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa
kaum mukmin lelaki dan wanita yang mengenai dirinya, hartanya, anaknya
(dengan sabar) sehingga ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak
berdosa.�
Jadi, dalam Islam, sama ada anak itu
sempurna atau sebaliknya, ia adalah kurniaan Allah dan ibubapa perlu
melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membesar dan mendidik anak-anak
itu. Di masa yang sama, ibubapa harus ingat bahawa anak-anak juga adalah
ujian dari Allah dan jika ujian ini dihadapi dengan redha dan sabar,
maka akan ada ganjarannya di akhirat kelak.
Ibubapa
yang dikurniakan anak yang kurang upaya hendaklah redha dengan kurniaan
tersebut. Dengan adanya sifat redha ini, akan lebih mudahlah bagi
mereka untuk menerima hakikat tersebut dan seterusnya mengambil
langkah-langkah yang sesuai untuk membantu anak itu. Tanggungjawab
terhadap anak itu perlu dilaksanakan sama seperti anak-anak lain dengan
memberi makan-minun, pakai dan tempat tinggal yang selesa, memberi
perhatian yang sewajarnya, pendidikan serta bimbingan. Satu perkara yang
perlu diingat ialah anak kurang upaya memerlukan perhatian yang lebih
dari anak normal kerana jiwa mereka yang lebih sensitif. Mereka juga
perlu diberi pendidikan agama kerana walaupun cacat, mereka tetap perlu
menjadi seorang Muslim yang baik. Tambah pula, ilmu agama ini akan
memudahkan mereka menerima hakikat kelahiran yang sedemikian rupa.
Ibubapa juga perlu memberikan motivasi kepada anak-anak ini agar tidak
berputus asa dalam menghadapi hidup.
Membesarkan
anak kurang upaya bukanlah sesuatu yang mudah. Berbagai cabaran yang
akan dihadapi. Namun segalanya perlu dihadapi dengan tabah dan sabar .
Sabar dengan kepenatan (terutamanya jika anak tadi tidak boleh
menguruskan dirinya sendiri dan memerlukan kedua ibubapa menguruskan
dirinya). Sabar dengan kerenah anak itu. Sabar dengan segala
keperluannya (baik dari segi masa, penjagaan, rawatan, ubatan dan
sebagainya). Oleh itu, kesabaran perlu ada pada diri ibubapa yang
memiliki anak-anak kurang upaya.
Di samping itu,
ibubapa perlu ingat bahawa walaupun anak itu kurang dari satu aspek, ia
tentu mempunyai kelebihan dalam aspek yang lain. Sebagai contoh, orang
yang cacat penglihatan biasanya terang mata hatinya. Jadi, ibubapa perlu
mencari kelebihan serta kekuatan anak tersebut dan mengembangkannya.
Sebagai contoh, seorang anak yang cacat penglihatan, mungkin berbakat
untuk menjadi penyair yang terkenal.
Jadi, dalam
membesarkan anak-anak kurang upaya, ibubapa perlu redha, sabar,
melaksanakan tugas dan memfokus kepada kekuatan anak itu.
Sebaliknya,
jika ibubapa tadi bersikap dengan sikap-sikap sebaliknya seperti tidak
redha, tidak sabar dan enggan melaksanakan amanah, maka bukan sahaja ia
memudaratkan dirinya sendiri tetapi juga anak yang tidak berdosa itu.
Misalnya, jika ibubapa tadi tidak redha dengan pemberian Allah dan
terus-terusan bertanya, �Mengapa Tuhan memberikan aku anak yang cacat?�
atau �Mengapa aku yang terpaksa mendapat anak yang cacat dan tidak orang
lain?�, maka, ia bukan sahaja dimurkai Allah kerana tidak menerima
qahda dan qadar, serta mempersoalkan kuasa Allah tetapi juga dengan
sikap yang sedemikian, mereka tidak akan menerima hakikat tersebut. Bila
ibubapa tidak mahu menerima hakikat itu, maka agak sukar untuk mereka
bertindak balas sewajarnya. Jika pasangan itu tidak sabar pula, maka ada
kemungkinan anak tadi akan disakiti, baik secara mental, mahupun
fizikal. Begitu juga, jika ibubapa tadi tidak mahu melaksanakan
tanggungjawab mereka terhadap anak itu, mereka mungkin akan
mengabaikannya dan kebajikan anak itu tidak akan terurus.
Bagi
pihak insan-insan yang istimewa atau orang-orang kurang upaya inipun,
ada sikap-sikap tertentu yang perlu mereka ambil. Misalnya, mereka
hendaklah redha dengan ketentuan Tuhan. Tentu ada sebabnya mengapa Tuhan
lahirkan atau tentukan hidup mereka begitu. Usah dipersoalkan mengapa
Tuhan jadikan begitu � itu hak Allah. Sebaliknya, terima hakikat itu dan
lakukanlah sebaik mungkin dengan apa yang ada. OKU juga perlu tabah
menghadapi segala cabaran yang melanda. Mereka perlu kuatkan semangat
dan cekalkan hati kerana dengan kekurangan-kekurangan itu, mereka
memerlukan usaha-usaha yang lebih berbanding orang-orang yang normal.
Oleh itu mereka tidak boleh mudah berputus asa. OKU juga perlu sabar
dengan segala dugaan yang mendatang. Minta bantuan keluarga untuk
mengenalpasti kelebihan yang ada pada diri serta kembangkan kelebihan
itu dan jika boleh, gunakan kelebihan itu untuk berdikari dalam hidup.
Bagaimana
pula sikap kita � ahli masyarakat yang normal � terhadap golongan
kurang upaya ini? Kita perlulah melayan mereka sama seperti kita melayan
orang yang sempurna. Kekurangan yang mereka miliki bukanlah tiket untuk
kita melayan mereka secara sambil lewa, apa lagi untuk menghina mereka.
Sehubungan dengan itu, saya ingin menarik perhatian pembaca kepada satu
peristiwa yang terjadi kepada Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan bahawa
pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah didatangi oleh Ummu Maktum iaitu
seorang yang cacat penglihatan. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w.
sedang sibuk melayani pemuka-pemuka Quraish dan mendakwah mereka kepada
agama Islam. Melihat kehadiran Ummu Maktum, Baginda pun memalingkan muka
Baginda dari beliau kerana ingin menumpukan perhatian kepada
pemuka-pemuka Quraish tadi. Dengan kejadian itu, Allah pun mewahyukan
ayat 1- 11, Surah Abasa yang bermaksud,
�Ia
memasamkan muka dan berpaling kerana ia didatangi orang buta. Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya wahai Muhammad)? Barangkali
ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapati
daripadamu)! � ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan
itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasakan keadaannya
telah cukup, tidak berhajat lagi ( kepada ajaran Al-Quran), maka engkau
bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau ia
tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). Adapun orang yang
segera datang kepadamu, dengan perasaan takutnya (melanggar
perintah-perintah Allah) � maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat
Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). �
Diriwayatkan bahawa setelah turunnya ayat-ayat itu, Rasulullah s.a.w. pun mengalihkan perhatiannya kepada Ummu Maktum.
Peristiwa
di atas menunjukkan bahawa walaupun seseorang itu ada kecacatan
tertentu, maka kita harus melayaninya seperti orang lain, terutama jika
mereka mendekati kita bagi tujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam
tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Oleh itu, sebagai
ahli masyarakat yang akan sentiasa berdepan dengan OKU, kita perlulah
mengamalkan sikap-sikap yang tertentu agar kebajikan serta hak-hak
mereka terpelihara.
Pertama sekali, kita perlu
menerima mereka sebagai sebahagian dari ahli masyarakat kita. Kehadiran
mereka bukanlah untuk dihina atau diketawakan tetapi untuk difahami dan
dibantu. Selain itu, kita perlu tahu kekurangan serta keperluan mereka
agar dengan pengetahuan itu, kita dapat memberi kemudahan-kemuadahan
yang diperlukan seperti tandas khas, tempat letak kereta serta laluan
yang mudah untuk ke mana sahaja atau untuk melakukan apa sahaja.
Di
masa ini, memang telah ada tandas khas dan tempat letak kereta khas
untuk OKU tetapi kewujudannya tidak terlalu meluas. Malah, seringkali
juga kemudahan-kemudahan ini disalahguna oleh orang-orang yang sempurna.
Berkaitan dengan laluan yang mudah pula, apakah kita menyediakan laluan
untuk kerusi roda yang bersesuaian? Apabila kita sedang berbaris untuk
membayar bil atau apa sahaja, apakah kita mengharapkan OKU itu berbaris
juga?
Begitu juga rumah-rumah ibadat, apakah ia
mesra OKU? Masjid kita, apakah ada tempat letak kereta untuk OKU? Laluan
kerusi roda untuk mereka bersembahyang berjemaah di Hari raya,
misalnya? Apakah ada kelas-kelas tertentu untuk mereka mendapatkan
bimbingan? Bolehkah seorang yang cacat penglihatan pergi ke masjid untuk
belajar membaca al-Quran? Bolehkah seorang yang cacat pendengaran pergi
ke masjid untuk diberi penerangan tentang Islam dengan menggunakan
bahasa isyarat? Jika semua soalan yang diutarakan pada para ini dijawab
dengan �Tidak�, apakah sebenarnya persepsi kita tentang OKU? Apakah kita
melihat kekurangan mereka sebagai satu pengecualian dari tanggungjawab
untuk mendalami serta mengamalkan Islam seperti orang lain? Atau kita
memang tidak pernah memikirkan hal ini?
Untuk
hidup bersama dengan OKU, kita perlu menjaga sensitiviti mereka. Seorang
OKU (cacat anggota yang memerlukannya duduk di atas kerusi roda) pernah
bercerita tentang pengalaman dirinya sendiri di mana di masa kecil,
kawannya dihalang dari bermain dengannya dengan kerap kerana ibu
kawannya itu takut anaknya tidak mendapat latihan jasmani yang mencukupi
(memandangkan tiada banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan seorang
yang duduk di atas kerusi roda). Begitu juga seorang yang saya kenali
menakut-nakutkan anaknya dengan OKU yang tinggal di sebelah rumahnya.
Apakah ini caranya kita mendidik anak? Bukankah kita patut mengajar
mereka berbaik dan membantu OKU dan bukan sebaliknya?
Cara mendidik anak autisme
Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana
mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran
berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak
menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.
Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.
Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.
Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:
# Tidak menghiraukan orang lain
# Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
# Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
# Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
# Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
# Lebih suka bermain sendiri
# Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
# Lambat bercakap
# Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
# Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
# Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
# Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
# Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
# Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
# Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan
# Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
# Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
# Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
# Tidak boleh duduk diam
# Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
# Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri
# Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk
Apa yang boleh dilakukan guru?
Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:
# Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.
Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.
# Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.
# Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.
# Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.
Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.
# Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.
Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.
# Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.
# Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri.
Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.
“Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.

Sunday, 2 December 2012
Tanggungjawab terhadap anak istimewa
Seorang muslim terutama ibu dan bapa, hendaklah melihat kepada anak istimewanya sebagai anugerah Allah, untuk menguji sejauh mana kesabarannya dalam menghadapi ujian itu. Anggaplah anak istimewa itu sebagai manusia yang sempurna, hanya ia dipilih Allah untuk diuji, bagi menentukan kedudukan sebenar diri dan keluarganya pada masa-masa hadapan.
Tiada sebarang keraguan untuk menerima hakikat bahawa rezeki akan bertambah, hidup bahagia bersama anak-anak, suami dan keluarga tanpa sebarang masalah adalah sebahagian daripada keberkatan yang melimpah daripada keikhlasan menjaga anak yang istimewa itu. Memang biasa berlaku dalam takdir Allah, menarik balik sesuatu, kemudian menggantikannya dengan sesuatu yang lain.
Anggaplah kemewahan hidup dan kebahagiaan yang rasai itu sebagai balasan pendahuluan di dunia. Balasan sebenarnya, jika diizin Allah akan menyusul pada hari akhirat nanti. Selain menjaga kepentingan makan minum dan kebajikan anak istimewa, kita juga perlu mempunyai kefahaman yang lebih tinggi tentang anak-anak istimewa, meliputi hak-hak pendidikan yang patut diberi, tanggungjawab masyarakat dan layanan kekeluargaan yang sepatutnya diambil berat, supaya masa depannya lebih cemerlang dan terjamin.
Kewujudan anak istimewa atau cacat dalam sesebuah keluarga, bukan sesuatu yang luar biasa. Kadang-kadang kecacatannya tidak menghalangnya untuk terus maju dan membina masa depannya yang baik. Cacat penglihatan, anggota kaki tangan dan sebagainya, belum tentu fikirannya juga turut cacat. Apa yang penting ialah berusaha mencari jalan supaya anak itu mampu berdikari dan tabah menghadapi nasib yang menimpa dirinya. Tanamkan keyakinan padanya bahawa ia boleh maju seperti juga orang lain.
Dalam sejarah Islam, kita saksikan ramai orang yang cacat anggota, tetapi tidak menghalang mereka menjadi seorang yang kedudukannya dihormati. Sebagai contoh, `Ata' ibn Rabah seorang ulama tabiin dan ahli fiqh Islam terkemuka di Mekah.
Beliau diberi tempat yang sangat istimewa dalam kerajaan Umawiyah fatwa-fatwa semasa yang keluar daripadanya, dianggap sebagai lebih tepat dan terbaik. Beliau juga seorang yang mempunyai kehormatan diri yang tinggi, kerana ia pernah menyatakan: Aku tidak mempunyai sebarang hajat daripada pemerintah. Segala khidmat dan sumbangan beliau adalah ikhlas kerana Allah subhanahu wa taala.
Penulis-penulis riwayat hidup `Ata' mencatatkan bentuk badan beliau sebagai berkulit hitam, hidungnya kempis, kakinya tempang, tangannya lumpuh dan akhirnya tangan yang lumpuh itu terputus dalam suatu peperangan bersama-sama Abdullah ibn al-Zubair.
Kecacatan demi kecacatan yang menimpa Ata' tidak menghalang Khalifah Abdul Malik ibn Marwan untuk menjemput beliau dan menempatkannya bersama dalam majlis-majlis rasmi pemerintah.
Di kalangan ulama dan periwayat hadis pula, kita dapati ramai perawi yang cacat anggota, tetapi hadis dan riwayatnya tetap menjadi rebutan murid-murid yang cintakan hadis. Antara mereka ada yang dikenali dengan gelaran al-a'raj (capik atau tempang), seperti Abdul Rahman ibn Hurmuz, Yahya bin Zakariyya, Muhammad bin Yusuf, semuanya adalah rawi-rawi hadis yang kakinya tempang. Ada juga yang dikenali dengan gelaran al-a'masy (rabun mata), al-asam (pekak), al-aftas (hidung kempis) sehingga gelaran ini dikekalkan sebutannya pada hujung nama masing-masing dan di dalam karya-karya agung Islam yang mengabadikan nama-nama mereka.
Dalam al-Quran menyebutkan kisah seorang sahabat Nabi yang cacat penglihatan, beliau ialah Abdullah ibn Ummi Maktum. Allah pernah menegur Nabi-Nya, apabila tidak memberi layanan sepenuhnya kepada Abdullah, tatkala beliau datang meraba-raba ke majlis Nabi yang pada ketika itu sedang bersama-sama beberapa pembesar Quraisy. Kisahnya disebutkan dalam beberapa ayat pertama dalam surah bilangan yang ke-80.
Ayat-ayat itu menegur Nabi dengan menyatakan, mungkin si buta ini lebih suci hatinya daripada orang-orang besar Quraisy yang kamu layani mereka. Nabi sangat tersentuh dengan teguran itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Imam al-Zamakhsyari seorang ulama tafsir yang sangat dikagumi ilmu dan kepakarannya dalam pelbagai bidang, adalah seorang yang cacat kakinya, tetapi semuanya itu tidak pernah mengganggu kehidupan ilmiahnya. Dalam sejarah negara kita, pernah menyaksikan seorang ahli Parlimen yang cacat anggota, mampu berpidato berjam-jam dalam Parlimen. Beliau ialah Profesor Zulkifli Muhammad, bekas ahli Parlimen Bachok dan bekas pensyarah Kolej Islam Malaya.
Teringat lagi kepada satu ayat al-Quran dalam surah al-Haj, iaitu ayat 46 yang membawa maksud: Bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada dalam dada. Ayat ini memperkatakan segolongan manusia yang gagal hidup dalam baik, kerana tidak memanfaatkan anggota yang diberi Allah kepadanya. Cacat mata kepala tidak mengapa, tetapi jangan cacat mata hati.
Kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. ada yang cacat mata, kepala, seperti Abdullah ibn Abbas dalam usianya yang akhir. Beliau kerap dipermain- mainkan oleh kawan-kawan kerana penglihatannya itu, tetapi beliau menjawab kepada mereka: Jika Allah telah menarik penglihatanku menjadi gelap, lidah dan hatinya masih terang bercahaya.
Merujuk soalan selanjutnya, bolehkah diwasiatkan sebahagian harta peninggalan kepada anak istimewa, tanpa mengikut hukum faraid. Pada dasarnya pembahagian harta pada masa hidup hendaklah dibahagikan sama rata antara anak-anak, sama ada lelaki atau perempuan. Pembahagian Pembahagian yang tidak sama, boleh menimbulkan prasangka dan buruk hati antara adik-beradik yang bersaudara. Saya berpendapat kecacatan pada anak istimewa tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak disamakan pembahagian, kecuali setelah mendapat persetujuan semua anak.
Adalah lebih baik bagi kita menanamkan pada semua anak rasa tanggungjawab terhadap anak mereka yang cacat, daripada mengambil sebahagian harta untuk diberi khusus kepadanya, tanpa persetujuan adik-beradik yang lain. Imam al-Bukhari menegaskan, pembahagian harta yang dibuat dengan tidak adil sama ada berpilih-pilih adalah zalim dan melampau.
Bagaimana mahu menangani anak autism???
AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.
Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.
Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.
Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.
Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.
Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.
Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:
Tidak menghiraukan orang lain
Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
Lebih suka bermain sendiri
Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
Lambat bercakap
Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan
Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
Tidak boleh duduk diam
Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri
Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk
Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:
Kurang tumpuan kepada persekitaran
Sering ada dalam dunia sendiri
Kadangkala pertuturan tidak jelas
Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran
“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.
“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:
Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya
Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‘buat perangai’)
Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas)
Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)
Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek
Cuba ‘mengambil balik’ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)
‘Stimming’ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lain
Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.
Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:
Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:
“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.
“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:
Subscribe to:
Posts (Atom)